Monday, May 3, 2010

PRINT 09




TENTATIF PERKHEMAHAN (PRINT 09)

21 DISEMBER 2009
900 - 1200 Pendaftaran
Mendirikan pengkalan
1430 - 1630 Raptai Perasmian
2100 - 2200 Taklimat kontinjen
Bersama tokoh

22 DISEMBER 2009
0800 - 1230 Perasmian & Pemasyhuran KRS MUSLEH
Pameran
Pertunjukan
1430 - 1630 Pertandingan Based (SRI – SMI)
Ziarah

2100 - 2300 Pertandingan Nasyid

23 DISEMBER 2009
0800 - 1230 Obsrace
Pameran
Pertunjukkan
1430 - 1630 Pertandingan Kem kraf
Ziarah
2100 - 2300 Malam kebudayaan

24 DISEMBER 2009
0500 - 0700 Qiam perdana
0800 - 1230 Khidmas
Majlis Penutup
Penyampaian hadiah
Bersurai

Alhamdulillah, dengan kekuatan dan kerjasama dari pelbagai pihak SMI Al-Itqan dapat menyertai Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) 2009 (PRINT’09) pada 21hb-24hb Disember 2009 bertempat di The Woods, Jalan Ulu Yam, Selangor, Malaysia. Program yang dianjurkan oleh SRI-SMI Bhd (MUSLEH) ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri dari Syaimaa’ Abd Rashid, Nurul Aiman Isahak dan Kamarul Azmi Kamarulzaman serta turut diiringi oleh seorang guru pengiring Fazlul Huda Makhtar.

Program empat hari ini dianjurkan bersama dengan Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).

Program ini merupakan medan bagi membina barisan pimpinan negara yang beriman, berilmu, berkemampuan dan berakhlak tinggi; mencontohi qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a. Program ini lantas menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

Secara khususnya, program ini telah berjaya mencapai tujuannya iaitu merapatkan ikatan silaturahim dan ukhuwwah islamiah antara anggota dalam dan luar negara, mengadakan aktiviti berbentuk pertunjukan dan pertandingan kemahiran hidup dan survival, mengadakan lawatan sambil belajar dan ziarah, mengadakan pengisian kebudayaan dan IT, mengadakan program khidmat masyarakat, memberi peluang menambah mata dalam markah ko-kurikulum dan memasyhurkan KRS MUSLEH.


PRINT09 ini telah menghimpunkan lebih 1200 orang peserta dan pegawai dari sekolah-sekolah jaringan MUSLEH, Sekolah Islam Adni, JSIT, Indonesia dan Yala Islamic College, Thailand. Kontingen Indonesia telah menghantar 40 Pramuka Puteri dan 40 Pramuka Putera disertai 20 pegawai pengiring.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Hj Dr. Mohd Puad Zarkashi, dalam ucapan perasmiannya telah melahirkan keyakinan bahawa pendidikan yang dikendalikan oleh jaringan sekolah-sekolah MUSLEH mampu untuk mendidik murid-murid dan pelajar-pelajar keluar dari kemelut the captive mind atau minda yang terpenjara. Kata beliau, walaupun ramai pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi mereka terperangkap dalam penjara minda. Ada dua mata tetapi hanya mampu melihat dengan satu mata sahaja. Ada dua telinga tetapi hanya mampu mendengar dengan satu telinga sahaja.

Y.B. Timbalan Menteri juga menegaskan betapa pentingnya melahirkan anak-anak kita yang beradab; bermula dengan beradab pada dirinya sendiri. Apabila mereka berbohong atau terlibat dalam rasuah misalnya, maka mereka sudah tidak beradab pada diri mereka sendiri.

Pihak KPM dan beliau secara peribadi amat komited dalam misi ini untuk melahirkan anak-anak para pelajar yang berakhlak tinggi dan profesional ke arah membangun modal insan demi kemajuan negara.

Oleh itu, pihak KPM akan memberi keutamaan kepada penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum. Sistem pentaksiran pelajar pula sedang dikaji semula oleh KPM bagi tujuan ini.

Tema perkhemahan kali ini adalah “Satu Rumpun Satu Matlamat”.

Mejar KRSM Abdul Rahim Md Isa dalam ucapan aluan selaku Pengarah PRINT09 menegaskan bahawa badan KRS MUSLEH adalah sebahagian dari program pendidikan MUSLEH ke arah membangunkan kepemimpinan pelajar yang mampu menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Pertama kali menjejakkan kaki ke The Woods, Pertandingan Base Banat SMAI+SMAIQ

Ulu Yam

yang terpilih

Peserta SMAI bersama peserta Indonesia Pengiring turut tidak melepaskan peluang