Sunday, November 15, 2009

::Kadet Remaja Sekolah Musleh 0309::

Alhamdulillah...syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana diberi kami kesempatan dan peluang untuk menjayakan mukayyam Kadet Remaja sekolah Musleh yang ketiga kali bagi tahun 2009. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan pengetua dan semua muallim dan muallimah yang bertungkus lumus merancang dan menyiapkan aktiviti-aktiviti buat kami dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga... moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati segala jasa, jerih perih dan keikhlasan muallim dan muallimah untuk kami.

Banyak yang kami dapat sepanjang perkhemahan ini diadakan. Erti sebuah kehidupan dan pengorbanan, erti sebuah persahabatan, erti satu kesyukuran, erti kesenangan.





































Sepanjang program, pelbagai mutiara ilmu d
an pengalaman dapat kami terokai dan nikmati...untuk pertama kalinya kami
merasai nasi mentah bersama air garam...bila lapar, semua pun sedap jerr...he2.

Lokasi yang menjadi pilihan kami ialah kebun Pak Sharif, padang sekolah dan Tanjung Asam...dan pastinya berjalan kaki adalah kenderaan kami, walaupun penat tapi ENJOYY!!!










Yang nie dikenali sebagai "Si buta dan Si Bisu yang Tempang"...secara berpasangan, kami perlu dikehendaki mencari kasut masing-masing dengan arahan daripada Si bisu yang ditutup
mulutnya dan si Buta perlu berusaha mendapatkan kasut tersebut...

Bersyukurnya Allah jadikan kami lengkap sempurna segala anggota, dan barulah kami sedar betapa susahnya menjadi si buta dan si bisu..


Monday, August 24, 2009

Fadilat Ramadhan

Bersedekah atau menderma untuk tujuan kebaikan sangat digalakkan pada semua masa, tetapi menderma dalam bulan Ramadhan adalah lebih digalakkan lagi dan lebih afdhal. Rasulullah s.a.w. sangat dermawan dalam bulan Ramadhan. Ibn Abbas r.a. berkata : "Nabi s.a.w. adalah orang yang paling dermawan, dan baginda s.a.w. lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadhan."( H.R. Bukhari dan Muslim )

Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku